Thursday, November 22, 2012

aku hamba yang keterlaluan

hari nieyh UMSKAL wat kempen berlapar for GAZA..donno wat d point
kempen nieyh diadakan...they say for supporting??but for only 4 hours?? kenapa tak wat kempen berpuasa demi GAZA??kan lebih elok bunyi nyer sebab :

"berpuasa mengajar kita memahami erti kesusahan org lain yg menahan lapar dan dahaga"

tak gitu??? 0.O

hurm balik kelas aku g makan aiskacang..lalu bertemulah dengan sahabat aku
dyer seorang lelaki dan dyer adalah mualaf dan baru mendirikan rumah tangga...dri Christian beliau memeluk Islam...
alhamdulillah :)

aku pown mengajak beliau berbual tentang GAZA..
dyer berkata pada aku "sebenarnya Israel,Yahudi n Nasrani tak kuat tapi Islam yg lemah"  tau kenapa??sebab kita sendiri tidak hormat agama kita sendiri...bila azan berkumandang kita masih lagi boleyh berbual dgn rakan,duduk berdua-duaan dgn pasangan bkn muhrim,boleyh ketawa dan boleh dengar lagu..sedangkan azan adalah seruan untuk kita bersujud kepada Pencipta...

dyer tanya aku tahu kenapa bila kita stress kita akan tenang lepas tengok laut,air.sungai dan alam semula jadi?? aku hanya tersenyum tanpa jawapan...lantas dyer berkata
"sebab mereka:laut,sungai ,alam semulajadi) sentiasa berzikir kepada allah...dan kita sedang mendengar mereka berzikir sebab tuh kita tenang"

dyer tanya lagi tahu kenapa Allah jadikan sakit bersalin adalah sakit selepas sakit kematian??aku hanya berkata tak tahu...lantas dyer berkata "sebab supaya tak terjadi nya seperti zaman jahiliah dulu..anak perempuan dianngap pembawa sial dan ditanam hidup2...anak adalah rezeki dan anugerah serta amanah dari Allah..sakit tu untuk ibu lebih menghargai anak mereka"

macam2 lagi nasihat dan cerita yang aku dengar dari dyer...dengar semua cerita-cerita tuh aku berasa malu...aku 20 tahun hidup sebagai umat islam..rupa-rupa nya islam aku hanya pada nama..bukan pada faktor...malu nyer aku dengan beliau...pada masa yang sama aku kagum beliau baru 7 tahun memeluk islam tapi pendalaman nye terhadap islam begitu mendalam...

dan pada masa yang sama aku berfikir...aku ta perlukan seorang lelaki yang gila-gila untuk menceriakan aku...aku ta perlukan lelaki yang kaya untuk membahagiakan aku...
aku hanya perlu seorang lelaki yang pengetahuan tentang agamanya dalam supaya dyer boleh bimbing aku yg lagha nieyh kejalan Allah...kerana itu lah kebahagiaan yang hakiki 

syukran...syukran jazillan ya rabbi...
terima kasih juga pada sahabat aku :)
aku kini tahu apakah tujuan aku dimuka bumi ini



No comments:

Post a Comment